Sunday, June 12, 2011
Pokok pagaran
Baphia Nitida
INFO: Tip menanam pokok pagaran
* Pokok yang dipilih untuk dijadikan pagar sebaiknya bersaiz tidak lebih daripada 60 sentimeter tinggi manakala untuk dijadikan penghadang tidak melebihi satu meter tinggi.
* Seeloknya gunakan tanah campuran untuk menanam pokok pagaran. Untuk memudahkan beli saja tanah berkenaan dari tapak jualan pokok (nurseri).
* Pokok dikeluarkan dari beg plastik dan ditanam dalam dua barisan secara zig-zag.
* Pastikan anda menyiram pokok dua kali sehari dan kuantiti air tidak berlebihan supaya pokok tidak mudah reput.
* Selepas pokok mencapai ketinggian maksimum yang diperlukan, cantas atau pangkas pokok supaya pokok dapat dibentuk mengikut bentuk yang dikehendaki.
* Pokok hendaklah dibenarkan tumbuh sehingga sekurang-kurangnya sekali ganda daripada ketinggian asal ketika ditanam sebelum mula mencantas.
* Cantas pokok membantu pokok lebih padat, sihat dan kekal lebih lama selain dapat mengawal ketinggian hedges. Rupa bentuk dan teksturnya pula akan tampak lebih cantik dan lembut
* Pembajaan dibuat setiap dua minggu menggunakan baja untuk daun atau baja organik yang juga mudah didapati
Gunakan baja dalam kuantiti sedikit, lebih kurang satu hingga sudu kecil untuk setiap pokok.
* Bagi hedges yang menyerlahkan kecantikan warna daunnya, sebaiknya gunakan baja bunga dan bukannya baja daun.
Labels:
landskap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment